Cara menggunakan galeri templat Dropbox Sign
Artikel ini untuk siapa?
Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pelanggan Dropbox Sign.
In this article
Galeri Templat Dropbox Sign memudahkan penyimpanan dan pencarian templat dokumen yang berkaitan.
Anda boleh mencari templat dalam galeri Templat dan memilih daripada pelbagai templat seperti perniagaan, kewangan, sumber manusia, cukai dan hartanah*.
Perhatian: Jika anda menggunakan akaun percuma, anda boleh mencipta templat melalui galeri Templat. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan templat, anda perlu mendaftar untuk percubaan percuma atau pelan berbayar.
Halaman galeri templat
Anda boleh mendapatkan gambaran keseluruhan semua templat yang dicipta dalam halaman galeri Templat.
Untuk pergi ke halaman galeri Templat, ikut langkah-langkah di bawah:
- Log masuk ke app.sign.dropbox.com.
- Klik Templat dalam bar sisi di sebelah kiri.
- Klik Galeri templat pada menu pilihan. Dari situ, anda boleh memilih templat sedia ada atau mencipta templat anda sendiri.
Templat kongsian
Jika anda sebahagian daripada pasukan, anda akan menemui templat kongsian yang anda atau ahli pasukan lain telah gunakan dalam halaman galeri Templat.
Perhatian: Tetapan pentadbir pasukan akan menentukan jika ahli pasukan boleh berkongsi templat dalam pasukan.
Tetapan pentadbir dalam galeri Templat
* Dropbox bukan firma undang-undang dan tidak memberikan nasihat atau perwakilan undang-undang. Templat kami bukan pengganti nasihat peguam. Komunikasi antara anda dan Dropbox ditadbir oleh Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami tetapi tidak dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan atau sebagai produk kerja. Kami tidak memberikan nasihat, pendapat atau cadangan mengenai hak undang-undang individu, pilihan, strategi atau pemilihan templat. Penggunaan perkhidmatan dan templat kami oleh anda dikawal oleh Terma Perkhidmatan kami.