🚀 Digital MADANI kini lebih dekat dengan anda! Kiosk MADANI — 1 lokasi, banyak servis: KWSP, JPJ, POS Malaysia, TNB, SSM & MyDigital ID. Kini lebih cekap, pantas & mesra rakyat🇲🇾 📣 Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan MADANI 📅 8 Mei 2025 | 🕓 4.00 petang 📍 Aras 2, Centre Court@1 Utama 💬 Disempurnakan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo – demi rakyat, untuk rakyat! #KioskSentuhanMADANI #1Utama #DigitalUntukRakyat #KUASAI #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #KerajaanDigital #DigitalSociety #DigitalGoverment #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
Kementerian Digital
Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya, Putrajaya 5,318 pengikut
Kementerian Digital Malaysia | "Ke Arah Negara Digital"
Perihal kami
Kementerian Digital | "Ke Arah Negara Digital" Perubahan landskap dalam teknologi maklumat telah mengubah corak penyampaian perkhidmatan awam. Transformasi digital Malaysia telah bermula sejak tahun 1996 apabila Multimedia Super Corridor (MSC) diwujudkan di Cyberjaya. Sehingga kini, pelbagai dasar berkaitan pendigitalan telah dikeluarkan, antaranya ialah Data Raya Sektor Awam (DRSA) pada tahun 2013, Pelan Hala Tuju Strategik Internet of Things (IoT) Strategik pada tahun 2015 dan yang terkini ialah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Malaysia serta Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. Justeru, Kementerian Digital telah ditubuhkan melalui penstrukturan semula pentadbiran kerajaan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Disember 2023 bagi menerajui agenda pendigitalan negara supaya tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas dengan negara lain dalam bidang digital. Penubuhan Kementerian Digital membolehkan Malaysia memberi fokus kepada agenda pendigitalan supaya program digital dapat dilaksanakan dengan lebih drastik dan agresif bagi mengurangkan jurang teknologi untuk bersaing pada peringkat dunia dalam aspek sosial, ekonomi dan penyampaian perkhidmatan awam. Kementerian ini akan menerajui pendigitalan negara secara holistik bagi mempertingkatkan daya saing, inklusiviti dan daya tahan pendigitalan negara berasaskan tiga tonggak utama yang menjadi tunjang kepada pembentukan Negara Digital, iaitu Kerajaan Digital, Ekonomi Digital dan Masyarakat Digital. Ketiga-tiga tonggak utama ini akan memacu kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan, merangsang dan meningkatkan hasil ekonomi dan seterusnya membentuk masyarakat celik digital. Kepimpinan Kementerian Digital diterajui oleh: YB Tuan Gobind Singh Deo-Menteri Digital YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong-Timbalan Menteri Digital YBhg. Tuan Fabian Bigar-Ketua Setiausaha Kementerian Digital
- Laman web
-
https://digital.gov.my/
Pautan luaran untuk Kementerian Digital
- Industri
- Pentadbiran Kerajaan
- Saiz syarikat
- 51-200 pekerja
- Ibu pejabat
- Putrajaya, Putrajaya
- Jenis
- Agensi Kerajaan
- Ditubuhkan
- 2023
Lokasi
-
Utama
Aras 13, 14 & 15, Blok Menara, Menara Usahawan No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya, Malaysia
Putrajaya, Putrajaya 62000, MY
Pekerja di Kementerian Digital
-
Adj. Professor Murugason R. Thangaratnam
Cyber Security Consultant | Co-Founder & CEO of Novem CS | Baker Tilly Malaysia Collaborative Partner | Outstanding Leadership Award 🏆 | 🇲🇾 MDEC…
-
Izeti Zulkifli
Customer Experience | Performance Management | Quality Assurance | Training & Development | Process Reengineering | ISO & COPC Audits | Marketing |…
-
Khalilah Abdul Hamid
Administrative Officer
-
Chan Y.
Full Stack Developer @ ExxonMobil
Kemas Kini
-
Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Tuan Fabian Bigar menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Michael Yeoh, Presiden International Chamber of Commerce Malaysia (ICCM) merangkap Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific di Menara Usahawan, Putrajaya, hari ini. Pertemuan ini membuka ruang kerjasama yang lebih strategik antara sektor awam dan swasta, khususnya dalam memperkasa pembangunan bakat digital tempatan, memperkukuh ekosistem digital negara dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif dan mampan. Kementerian Digital komited untuk terus menjalin kolaborasi berimpak tinggi bersama rakan strategik demi merealisasikan visi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam transformasi digital. #PembangunanBakatDigital #ICCM #DigitalLeadership #KementerianDigital #MalaysiaDigital #EkonomiDigital #DigitalEconomy #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
-
-
-
+1
-
-
Sekitar MD Open Day 2025 yang telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 29 April 2025. #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #EkonomiDigital #DigitalSociety #DigitalEconomy #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo telah meninjau perkembangan pelaksanaan inisiatif Penang AI City: Beyond Smart Cities di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 28 April 2025. #Penang #SmartCity #AICity #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #DigitalSociety #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2025!🎉 Setiap titik peluh dan jerih payah anda adalah denyut nadi kemajuan negara 💪 — dari tapak pembinaan ke ruang siber 🌐, dari bilik darjah ke pusat data 🖥️. Dalam arus pendigitalan yang pesat, para pekerja bukan sahaja membangunkan negara, tetapi turut menggerakkan transformasinya ke alam digital 🚀. Andalah wira tanpa tanda jasa yang menjadi teras Malaysia yang lebih pintar, inklusif dan berdaya saing 🇲🇾. Pekerja Kesuma Bangsa, Pemacu Malaysia Digital! 💼✨ #labourday #LabourDay2025 #HariPekerja2025 #HariPekerja #KesumaBangsa #PemacuMalaysia #MalaysiaDigital #TransformasiDigital #MalaysiaMADANI
-
-
VODAFONE BUSINESS IGNITE EXECUTIVE ROUNDTABLE PERKUKUH EKONOMI DIGITAL MALAYSIA KUALA LUMPUR, 30 April 2025 — Timbalan Menteri Digital, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong telah merasmikan Vodafone Business Ignite Executive Roundtable di Pullman Kuala Lumpur City Centre, hari ini. Program ini menekankan komitmen Malaysia untuk menjadi ekonomi digital terkemuka menjelang 2030 dengan inisiatif PEMANGKIN yang memfokuskan sektor-sektor strategik seperti bandar pintar, kewangan digital dan agriteknologi. Inisiatif ini bertujuan membuka peluang luas kepada rakyat dan perniagaan, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan. Kerjasama dengan rakan global seperti Vodafone dalam teknologi 5G, IoT, dan keselamatan siber memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia terus berkembang sebagai hub digital utama di ASEAN. #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #EkonomiDigital #DigitalSociety #DigitalEconomy #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
-
-
-
+1
-
-
Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Pengerusi Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia, TYT Dr. Edhie Baskoro Yudhoyono bersama delegasi beliau di Pejabat Kementerian Digital, MOF Inc. Tower, Kuala Lumpur. Kunjungan ini menjadi medan strategik memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam era ekonomi digital serba pantas dengan tumpuan khusus kepada pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), peluasan kerjasama perdagangan, pelaburan serta integrasi ekonomi serantau. Pertemuan tersebut turut menzahirkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memacu transformasi digital ASEAN ke arah masa depan yang lebih inovatif, inklusif dan berdaya saing, sekali gus membuka peluang baharu kepada rakyat serta memacu pertumbuhan mampan rantau ini. ----------------------------------- Digital Minister, YB Gobind Singh Deo, today received a courtesy visit from Vice Chairman of the People’s Consultative Assembly of the Republic of Indonesia, H.E. Edhie Baskoro Yudhoyono along with his delegation at the Ministry of Digital Office, MOF Inc. Tower, Kuala Lumpur. This visit served as a strategic platform to further strengthen bilateral relations between Malaysia and Indonesia in the rapidly evolving digital economy era, with a particular focus on the development of Artificial Intelligence (AI) technologies, the expansion of trade and investment cooperation, as well as deeper regional economic integration. The meeting also underscored the shared commitment of both nations to drive ASEAN’s digital transformation towards a future that is more innovative, inclusive and competitive — ultimately unlocking new opportunities for the people and fostering sustainable growth across the region. #indonesia #MalaysiaIndonesia #ASEANDigital #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
-
-
-
+3
-
-
Kementerian Digital terus komited memperkasa Wilayah Utara melalui pelaburan strategik bernilai RM1.23 bilion di Pulau Pinang. Inisiatif ini bakal mewujudkan 266 pekerjaan berkemahiran tinggi, selaras dengan agenda transformasi digital negara - Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #EkonomiDigital #KerajaanDigital #DigitalSociety #DigitalGoverment #DigitalResilience #DigitalEconomy #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
KAMPUS 42 PENANG DILANCAR, MEMACU PEMBANGUNAN BAKAT DIGITAL PULAU PINANG GEORGE TOWN, 29 April 2025 – Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo telah menyaksikan pelancaran rasmi Kampus 42 Penang, sebuah inisiatif strategik untuk memperkasa ekosistem digital di Pulau Pinang dan negara. Kampus ini menerapkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek yang inovatif, menyediakan platform bagi golongan muda di Pulau Pinang untuk menguasai kemahiran digital yang relevan dalam dunia yang semakin berorientasikan teknologi. Pelancaran Kampus 42 Penang ini membuka peluang kerjaya dalam sektor digital tanpa mengira latar belakang pendidikan, sekaligus memperkukuh Pulau Pinang sebagai pusat inovasi digital dan memberi impak positif kepada kemajuan ekonomi digital negara. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, yang memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini sebagai langkah penting untuk memperkasa bakat digital di negeri ini. #42Penang #digitaltalent #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #DigitalSociety #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
-
-
-
+1
-
-
TRANSFORMASI DIGITAL DIPERKASA : WILAYAH UTARA TERUS MENERAJUI GEORGE TOWN, 29 April 2025 – Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo telah menyampaikan ucaptama sempena Hari Terbuka Malaysia Digital (MD) 2025 yang berlangsung di George Town, Pulau Pinang pada 29 April 2025. Kehadiran beliau bukan sahaja mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh agenda digital negara, malah memperlihatkan kesungguhan memperkasa wilayah utara sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi digital. Hari Terbuka MD 2025 atau lebih dikenali sebagai MD Open Day 2025, menghimpunkan pemain industri, agensi Kerajaan dan syarikat berstatus Malaysia Digital dalam usaha memperluas jaringan kerjasama strategik, memperkukuh ekosistem inovasi serta mempercepat pembangunan bakat digital tempatan. Antara inisiatif utama yang diumumkan adalah pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital yang bakal berperanan sebagai hab strategik dalam menyelaras pelaksanaan dasar dan program digital di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis. Penubuhan pejabat ini mengukuhkan pendekatan 'dekat dengan rakyat', bagi memastikan impak transformasi digital dapat dirasai secara menyeluruh di peringkat negeri. Majlis turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Digital Penang yang membuka ruang kerjasama dalam teknologi masa depan seperti Kecerdasan Buatan (AI), Big Data, Web3, kandungan 5G, keselamatan siber dan teknologi blockchain sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau. Setakat April 2025, sebanyak 254 syarikat berstatus Malaysia Digital beroperasi di wilayah utara menyumbang kepada jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM16.2 bilion di seluruh negara serta berpotensi mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Di Pulau Pinang sahaja, pelaburan yang dijana oleh syarikat Malaysia Digital telah mencecah RM1.23 bilion, dengan tumpuan kepada sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembangunan perisian terbenam. Penganjuran Hari Terbuka MD 2025 membuktikan iltizam Kerajaan dalam menjadikan ekonomi digital sebagai pemangkin kemajuan negara bukan sahaja untuk pertumbuhan ekonomi, malah bagi menjamin keterangkuman, merangsang inovasi dan meningkatkan kebolehpasaran bakat tempatan dalam era teknologi baharu. Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Tuan Jagdeep Singh Deo. #pulaupinang #Penang #KementerianDigital #MalaysiaDigital #MasyarakatDigital #EkonomiDigital #KerajaanDigital #DigitalSociety #DigitalGoverment #DigitalResilience #DigitalEconomy #JomDigital #SayaDigital #MalaysiaMADANI
-
-
-
-
-
+2
-