Pergi ke kandungan

LineageOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LineageOS
Skrin utama lalai LineageOS 23.2, berdasarkan dari Android 16
Maklumat umum
Jenis sistemSistem pengendalian mudah alih, perisian sumber terbuka dan Android distribution (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemAndroid (mul) Terjemah, CyanogenMod (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PembangunKomuniti Lineage
Ditulis dalamC (mul) Terjemah, C++ (mul) Terjemah, Java (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Keadaan kerjaAktif
Keluaran awal22 Januari 2017 Sunting nilai ini di Wikidata
Keluaran terkiniLineageOS 23.2 (berdasarkan Android 16)[a] / 8 Februari 2026; 5 bulan yang lalu (2026-02-08)[1]
Tersedia dalam
Didahului olehCyanogenMod
CyanogenOS
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
kemas kini atas udara Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurus pakejAPK (mul) Terjemah, Google Play (mul) Terjemah, F-Droid (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
ARM
x86 (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
LesenLesen Apache, GPLv2 (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan berkaitan
Tapak webhttp://lineageos.org/
GitHub: lineageos
Facebook: LineageAndroid X: lineageandroid Mastodon: LineageOS@fosstodon.org Patreon: lineageos Sunting nilai ini di Wikidata
Bloghttps://lineageos.org/blog/ Sunting nilai ini di Wikidata
Repositorihttps://github.com/LineageOS Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

LineageOS ialah sebuah sistem pengendalian berasaskan Android (AOSP) sumber terbuka[b] untuk telefon pintar, komputer tablet, dan kotak set atas. Ia dibangunkan oleh komuniti dan bertindak sebagai pengganti kepada CyanogenMod, yang mana ia telah dicabangkan pada Disember 2016.[3] Setakat tahun 2025, terdapat sekitar 4.5 juta peranti yang menjalankan LineageOS.[4]

Pada tahun 2009, CyanogenMod[c] telah dicipta oleh Stefanie Jane (Cyanogen).[d][5] Pada tahun 2013, Jane memperoleh modal teroka di bawah nama Cyanogen Inc. untuk membolehkan pengkomersialan projek tersebut.[6][7] Pada tahun 2016, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula korporat yang melibatkan pertukaran CEO, penutupan pejabat serta projek, dan penghentian perkhidmatan,[8] Jane sama ada telah meletakkan jawatan atau dipaksa keluar daripada Cyanogen Inc.[9][10]

Projek LineageOS telah dibentuk sebagai sebuah cabangan (fork) daripada Cyanogen dan dilancarkan secara rasmi pada 24 Disember 2016.[11][12] Oleh sebab Cyanogen Inc. memegang hak ke atas nama Cyanogen, projek tersebut menjenamakan semula cabangan mereka sebagai LineageOS.[13]

Permulaan LineageOS

[sunting | sunting sumber]

Kod itu sendiri, memandangkan ia merupakan sumber terbuka, telah dicabangkan sekitar Disember 2016 di bawah nama baharu LineageOS dan usaha bermula untuk meneruskan pembangunan sebagai sebuah projek komuniti.[12]

Pada 22 Januari 2017, binaan rasmi pertama LineageOS versi 14.1 dan 13.0 telah tersedia, berikutan pengumuman rasmi dalam sebuah hantaran blog.[14] Pada Mac 2017, ia dilaporkan mempunyai satu juta pengguna dengan OnePlus One menjadi peranti yang paling popular.[15] Kemas kini pembangunan terkini disiarkan di blog mereka,[16] walaupun perkara ini semakin jarang dilakukan selepas tahun 2019.

Sepanjang Ogos 2017, pasukan LineageOS telah mengadakan Tinjauan Musim Panas[17] yang mana mereka meminta maklum balas daripada pengguna untuk menambah baik pembangunan sistem pengendalian tersebut. Keputusannya telah diterbitkan[18] pada bulan Oktober dan menurut pasukan berkenaan, mereka menggunakan data yang dikumpul untuk menambah baik pelepasan LineageOS 15 yang akan datang.

Sebagai tindak balas kepada salah satu cadangan utama yang diterima semasa tinjauan awam pertama mereka, LineageOS melancarkan satu bahagian di blog mereka yang bertajuk "LineageOS Engineering Blog" (Blog Kejuruteraan LineageOS) di mana penyenggara dan pembangun Lineage boleh menyumbang artikel yang membincangkan maklumat teknikal lanjutan berkaitan dengan pembangunan Android.[19]

Prank Hari April Fool 2018

[sunting | sunting sumber]

Semasa minggu pertama bulan April 2018, LineageOS telah mengeluarkan binaan baharu dengan usikan atau prank Hari April Fool "LOSGenuine". Usikan ini memaklumkan pengguna yang tidak menyedari tentang perkara tersebut bahawa perisian mereka berkemungkinan tiruan melalui satu pemberitahuan berterusan (yang tidak boleh dinyahaktifkan melainkan pengguna menjalankan perintah berikut dalam shell root):

setprop persist.lineage.nofool true

Apabila pemberitahuan itu diketik, perisian tersebut mendakwa bahawa peranti itu "tidak dilesenkan" dan perlu melombong "LOSCoins", iaitu mata wang maya yang sebenarnya tidak boleh dibelanjakan. Binaan yang terjejas juga mengandungi aplikasi "Wallet" (Dompet) yang diprapasang untuk menunjukkan baki semasa LOSCoins.[20]

Ramai pengguna tersalah anggap usikan itu sebagai perisian berniat jahat (malware) yang sebenar, manakala yang lain dilaporkan menganggap ia dilakukan dalam "gaya yang hambar" (poor taste). Ia dikritik hebat terutamanya kerana dianggap terlalu "lewat" untuk jenaka April Fool, memandangkan ramai pengguna hanya menerima kemas kini tersebut beberapa hari kemudian, sekali gus membuatkan jenaka itu kurang jelas. Pada 10 April 2018, pengarah pasukan LineageOS, ciwrl, telah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi atas usikan berkenaan.[21][22]

Tiada lagi usikan April Fool yang dibuat selepas peristiwa itu.

2018–kini

[sunting | sunting sumber]

Tinjauan Musim Panas kedua telah dijalankan pada Ogos 2018.[23]

Bintaan dikeluarkan secara mingguan sehingga 12 November 2018, apabila kitaran pelepasan untuk peranti berubah: cabang LineageOS yang terkini dibina setiap hari, dengan peranti menerima kemas kini OTA "malaman" (nightly), manakami peranti pada cabang yang lebih lama dipindahkan ke kitaran pelepasan mingguan.[24]

Bermula pada 5 Jun 2020, cabang LineageOS yang terkini kembali semula ke kitaran pelepasan mingguan, disebabkan pelayan tidak dapat membina kesemua peranti disokong yang tersedia dalam masa satu hari sahaja, yang mana beberapa peranti menerima kemas kini lewat pada keesokan harinya.[25]

Pada 5 Mac 2024, LineageOS telah menerbitkan sebuah hantaran blog untuk mengumumkan penamatan versi 18.1 sejurus selepas Google menamatkan tampalan keselamatan untuk Android 11.[26][27] Sebanyak 52 buah peranti telah digugurkan sokongan dan menerima binaan terakhir mereka pada hari tersebut.[28]

Sejarah versi

[sunting | sunting sumber]
Versi Versi AOSP Tarikh binaan pertama dikeluarkan Tarikh binaan terakhir dikeluarkan Rujukan
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 13.0 6.0.1
(Marshmallow)
20 Disember 2016 sebagai CM
22 Januari 2017 sebagai LOS
11 Februari 2018 [14][29]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 14.1 7.1.2
(Nougat)
9 November 2016 sebagai CM
22 Januari 2017 sebagai LOS
24 Februari 2019 [14][30]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 15.1 8.1.0
(Oreo)
26 Februari 2018 28 Februari 2020 [31][32]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 16.0 9.0.0
(Pie)
1 Mac 2019 16 Februari 2021 [33][34]
Versi lama, tidak lagi diselenggara: 17.1 10
(Quince Tart)
1 April 2020 16 Februari 2022 [35][36]
Versi lama, masih diselenggara: 18.1 11
(Red Velvet Cake)
1 April 2021 5 Mac 2024 [37][26]
Versi lama, masih diselenggara: 19.1 12.1
(Snow Cone)
26 April 2022 12 November 2023 [38][39]
Versi lama, masih diselenggara: 20 13
(Tiramisu)
31 Disember 2022 31 Disember 2024 [40][41]
Versi lama, masih diselenggara: 21 14
(Upside Down Cake)
14 Februari 2024 12 Oktober 2025 [42][43]
Versi lama, masih diselenggara: 22.2 15
(Vanilla Ice Cream)
31 Disember 2024 (Kini) [44]
Versi lama, masih diselenggara: 23 16
(Baklava)
11 Oktober 2025 (Kini) [45]
Versi stabil terkini: 23.2 16
(Baklava)
8 Februari 2026 (Kini) [46]
Kemaskini akan datang: 24 17
(Cinnamon Bun)
(Akan diumumkan) (Masa depan) [47]
Petunjuk:
Versi lama
Versi lama, masih diselenggara
Versi terkini
Versi pralihat terkini
Kemaskini akan datang

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Seperti pendahulunya, CyanogenMod, LineageOS dilihat bebas daripada perisian tidak diperlukan yang sering diprapasang oleh pengilang telefon atau syarikat pembawa yang dianggap sebagai perisian gendut (bloatware).[48][49]

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Seperti CyanogenMod, projek LineageOS dibangunkan oleh ramai penyenggara khusus mengikut peranti dan menggunakan Gerrit untuk proses semakan kod mereka. Ia juga mengekalkan format penomboran versi lama, yang mana nombor versi utama sepadan dengan kedudukan huruf pertama nama kod dalam abjad (dan nama komersial bagi versi Android sebelum Android 10) (sebagai contoh, Android 7.1, yang dikenali sebagai Android Nougat, ialah LineageOS 14.1). Sebelum pelancaran rasmi LineageOS, ramai pembangun daripada XDA telah pun membangunkan versi tidak rasmi LineageOS daripada kod sumber. Kesemua binaan yang dikeluarkan telah ditandatangani dengan kunci peribadi LineageOS.[14]

Bas Wrocław LineageOS
Peranti siber hiburan dalam bas di Wrocław menggunakan LineageOS

Wiki mereka, yang mengandungi maklumat mengenai pemasangan, sokongan, dan pembangunan LineageOS, juga terbuka untuk sumbangan melalui Gerrit. Platform Lineage lain termasuklah Crowdin untuk menguruskan terjemahan, GitLab Issues untuk penjejakan pepijat, dan halaman statistik, yang memaparkan jumlah pemasangan aktif daripada pengguna yang memilih untuk melaporkan statistik tersebut. Terdapat juga saluran IRC yang dihoskan di Libera.chat (#lineageos) dan subreddit (r/lineageos).[50]

Forum XDA Developers telah digunakan oleh ahli komuniti Lineage sejak permulaan perisian ini lagi. Memandangkan banyak peranti tidak lagi disokong oleh pelepasan rasmi, ahli komuniti membangunkan ROM tidak rasmi mereka sendiri bagi membolehkan telefon lama menggunakan Lineage.[perlu rujukan]

Aplikasi Google

[sunting | sunting sumber]

Walaupun aplikasi Google tidak disertakan dalam LineageOS secara lalai disebabkan isu undang-undang,[51] pengguna boleh memasangnya dengan memancarkan pakej .zip, yang biasanya dipanggil sebagai gapps, semasa memasang LineageOS. Kesan sampingan penggunaan LineageOS dan ROM tersuai lain adalah impaknya terhadap API Play Integrity. Dalam sesetengah keadaan, LineageOS boleh dibuat supaya berfungsi dengan aplikasi yang memerlukan kelayakan Play Integrity dengan memasang Magisk dan modul tertentu yang direka untuk menyembunyikan status tapak but (bootloader).[52]

Ciri-ciri penyesuaian

[sunting | sunting sumber]

LineageOS menawarkan beberapa ciri yang tidak disertakan dalam Projek Sumber Terbuka Android (AOSP). Antara ciri-ciri tersebut termasuklah:

  • Penyesuaian butang – Menetapkan lokasi tersuai untuk butang pada bar navigasi, atau mengaktifkan butang pada skrin bagi peranti yang mempunyai butang fizikal.[53]
  • Jubin Tetapan Pantas tersuai – Jubin Tetapan Pantas seperti "Kafein" (mencegah peranti daripada tidur), mengaktifkan/menyandarkan pemberitahuan Heads Up, "Paparan Ambien", dan "ADB melalui rangkaian" tersedia untuk menukar tetapan yang kerap diakses dengan mudah.
  • LiveDisplay – Melaraskan suhu warna mengikut waktu siang.
  • Penyesuaian skrin kunci – Skrin kunci membenarkan pelbagai jenis penyesuaian, termasuk seni kulit media, visualizer muzik, dan ketuk dua kali untuk tidur.
  • Gaya – Menetapkan mod tema gelap atau cerah secara global dan menyesuaikan warna penegas. Fungsi ini juga boleh diuruskan secara automatik oleh sistem berdasarkan kertas dinding atau waktu siang (selaras dengan LiveDisplay).
  • Profil Sistem – Mengaktifkan atau menyahaktifkan tetapan umum berdasarkan profil yang dipilih (Sebagai contoh, profil "Rumah" dan profil "Pejabat"). Profil boleh dipilih sama ada secara manual atau melalui penggunaan "pemicu", seperti apabila menyambung ke titik akses WiFi tertentu, menyambung ke peranti Bluetooth, atau menyentuh tag NFC.
  • Saiz corak tersuai – Selain daripada saiz corak 3x3 standard Android, saiz 4x4, 5x5, atau 6x6 juga boleh digunakan.

Ciri-ciri keselamatan & privasi

[sunting | sunting sumber]
  • Trust – sebuah panel kawalan yang menyediakan gambaran keseluruhan tentang status serta ciri keselamatan dan privasi peranti. Ikon Trust dipaparkan apabila tindakan tertentu dilakukan bagi mengesahkan ketulenannya.[54][55][56]
  • PIN scramble (Rawak PIN) – Bagi pengguna yang mengamankan peranti mereka dengan PIN, susun atur pad PIN boleh dirawakkan setiap kali peranti dikunci untuk menyukarkan orang di sekeliling melihat dan menghafal corak input.
  • Privacy guard (Pengawal privasi) – Membenarkan pengguna memperhalusi kebenaran yang diberikan kepada setiap aplikasi. Bagi sesetengah kebenaran, kelulusan manual boleh ditetapkan setiap kali kebenaran itu diminta. Pengguna juga boleh mengetahui kekerapan aplikasi menggunakan sesuatu kebenaran khusus. Ciri ini telah dialih keluar dalam cabang 17.1 dan digantikan dengan "pengawal kebenaran" (permission controller) setara yang berasaskan ciri AOSP tersembunyi.
  • Protected Apps (Aplikasi Dilindungi) – Menyembunyikan aplikasi tertentu di sebalik kunci yang selamat. Ciri ini berfungsi bersama-sama dengan Trebuchet; ikon aplikasi akan dibuang daripada pelancar, dan "folder selamat" boleh dicipta untuk mengakses aplikasi ini dengan mudah. Corak penguncian digunakan untuk mengunci aplikasi tersebut.
  • Beberapa "nombor sensitif", seperti nombor sokongan gangguan/penderaan, tidak dimasukkan ke dalam log panggilan demi privasi.[57] Aplikasi telefon juga menyertakan senarai nombor talian bantuan supaya pengguna dapat menghubungi mereka dengan mudah.[37]

Ciri-ciri pembangun & pengguna berkuasa

[sunting | sunting sumber]
  • LineageSDK – satu set API untuk pembangun aplikasi menyepadukan aplikasi mereka dengan ciri khusus LineageOS seperti Profil Sistem, Gaya dan Cuaca.[58] SDK ini telah dihentikan secara rasmi pada 8 Januari 2024.[59]
  • Lineage Recovery - pemulihan sistem (recovery) berasaskan AOSP.
  • Akses Root (Pilihan) – Membenarkan aplikasi berfungsi dengan akses root untuk menjalankan tugas-tugas lanjutan. Ini memerlukan pemancaran (flashing) sama ada suru tambah root LineageOS (disokong sehingga versi 16.0[60]) atau pelaksanaan pihak ketiga seperti Magisk atau KernelSU melalui Mod Pemulihan.
  • Perakam panggilan telefon, tidak tersedia di semua negara disebabkan oleh sekatan undang-undang.

Aplikasi LineageOS

[sunting | sunting sumber]

LineageOS menyertakan aplikasi percuma dan sumber terbuka:

Semasa

Nama Keterangan Berasaskan atau Dicabangkan daripada Rujukan
Aperture Aplikasi kamera yang disenggarakan oleh pelbagai pembangun LineageOS, berasaskan perpustakaan CameraX Google. Ia menggantikan Snap dan Camera2 dengan pelepasan LineageOS 20. -- --
AudioFX Pengoptimum audio dengan pratetapan untuk mengubah pengalaman pendengaran. -- --
Calculator Menyerupai kalkulator empat fungsi dan menawarkan beberapa fungsi yang lebih lanjutan. -- --
Calendar Fungsi kalendar dengan paparan Hari, Minggu, Bulan, Tahun atau Agenda. Etar, sejak LineageOS 17.1. --
Camelot (Pelihat PDF) Pembaca PDF ringkas, dikuasakan oleh perpustakaan Jetpack PDF. -- LOS 22[61]
Clock Jam dunia, pemasa undur, jam randik dan penggera. -- --
Contacts Buku telefon untuk nombor telefon dan alamat e-mel. -- --
Files Pengurus fail ringkas untuk mengalih, menyalin dan menukar nama fail pada storan dalaman atau kad SD. -- --
FlipFlap Aplikasi untuk sarung lipat pintar (smart flip cover), hanya disertakan pada peranti terpilih. -- --
FM Radio Aplikasi untuk mendengar siaran radio FM, disertakan pada peranti yang mempunyai penala FM. -- --
Glimpse Aplikasi galeri yang direka dengan konsep reka bentuk Material You. Tersedia pada peranti yang menjalankan LineageOS 21 atau versi lebih baharu. -- LOS 21[62]
Jelly (Pelayar) Pelayar ringan yang bergantung pada WebView sistem, untuk peranti berspesifikasi rendah. -- --
Messaging Aplikasi pemesejan SMS/MMS. -- --
Phone Menyertakan dail cepat, carian nombor telefon dan penyekatan panggilan. -- --
Recorder Perakam suara. Dalam versi sebelum 18.1, ia juga boleh merakam skrin. -- --
Trebuchet Pelancar yang boleh disesuaikan. -- --
Twelve (Muzik) Pemain muzik yang menyokong protokol pelayan perpustakaan muzik. -- LOS 21[63]

Bekas / Terdahulu

Nama Keterangan Berasaskan atau Dicabangkan daripada Rujukan
cLock Widget jam dan cuaca. -- --
Eleven (Muzik) Pemain muzik ringkas. -- --
Email Klien e-mel yang mengendalikan POP3, IMAP dan Exchange (dialih keluar dalam LineageOS 18.1). -- [64]
Gallery Mengurus foto dan video ke dalam garis masa atau album untuk paparan mudah. Digantikan oleh Glimpse. -- --
Gello Pelayar berasaskan Chromium dan dibangunkan oleh CyanogenMod. Aplikasi ini kini digantikan oleh Jelly. -- --
Snap (Kamera) Bergantung pada spesifikasi peranti untuk mengambil video atau foto, termasuk panoramik. Ia juga boleh digunakan untuk membaca kod QR. Aplikasi ini kini digantikan oleh Aperture. -- --
Terminal Aplikasi terminal yang ringkas dan standard. Tersembunyi melainkan diaktifkan dalam tetapan pembangun. (dialih keluar dalam LineageOS 18.1). -- [65]
Themes Pada asalnya merupakan aplikasi tersendiri, kini disepadukan ke dalam aplikasi tetapan. -- --
WeatherUnderground Weather Provider Penyedia data cuaca. -- --
Yahoo Weather Provider Penyedia data cuaca. -- --

Peranti yang disokong

[sunting | sunting sumber]
Telefon pintar POCO X3 Pro yang menjalankan LineageOS

Jumlah peranti yang disokong oleh LineageOS telah berubah dari semasa ke semasa.

Pada tahun 2019, binaan pembangunan LineageOS tersedia untuk 109 model telefon dengan lebih daripada 3.0 million pemasangan aktif.[66]

Pada 17 Februari 2024, rekod menunjukkan sebanyak 118 peranti menerima binaan rasmi LineageOS 21, 71 peranti lain menerima binaan LineageOS 20, dan cabang legasi LineageOS 18.1 masih mempunyai sejumlah 52 peranti.[67] Pada 31 Disember 2024, sejumlah 196 peranti telah direkodkan dalam senarai binaan LineageOS, dengan 132 peranti menerima binaan LineageOS 22.1, manakala baki 64 peranti lagi menggunakan binaan LineageOS 21.[68]

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

LineageOS telah dinilai secara positif oleh 9to5Google, sebuah laman web berita yang memfokuskan kepada produk-produk Google.[69]

Android Police menyifatkan LineageOS sebagai kaedah yang baik untuk melanjutkan jangka hayat sesebuah peranti, contohnya seperti pada peranti Google Pixel 4a.[70]

Pada Januari 2025, Lifewire menyifatkan sistem pengendalian ini sebagai "sangat stabil", di samping menarik perhatian terhadap sokongan perantinya yang luas, reputasi yang lama bertapak, serta proses kemas kini yang kerap.[71] Wired melaporkan pada Mac 2025 bahawa LineageOS dapat membantu telefon Android lama kekal berfungsi dan dikemas kini, di samping memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengelakkan perkhidmatan Google.[72] Sentimen yang sama turut dikongsi oleh 9to5Google yang menyatakan bahawa projek ini menyediakan kemas kini berterusan untuk peranti yang telah kehilangan sokongan rasmi, seperti Google Pixel 4a selepas Ogos 2023.[73]

Satu ulasan daripada Android Authority pada tahun 2025 mendapati bahawa LineageOS menawarkan antara muka yang bersih, prestasi yang pantas, dan jangka hayat bateri yang lebih baik, walaupun beberapa ciri asal peranti seperti mod kamera lanjutan dan pembayaran NFC tidak sentiasa tersedia.[74]

Walau bagaimanapun, projek ini juga menghadapi kritikan berhubung privasi dan keselamatan. Pada tahun 2023, seorang penyelidik keselamatan Jerman, Mike Kuketz, berhujah bahawa LineageOS tidak melaksanakan perlindungan privasi yang kukuh, dengan memetik kebergantungannya pada komponen Google serta amalan kemas kini yang tidak konsisten bergantung kepada penyenggara bagi setiap peranti.[75] Laman teknologi Golem.de turut melaporkan perkara yang serupa bahawa LineageOS kekurangan beberapa ciri keselamatan, termasuk Verified Boot (But Disahkan), manakala tampalan keselamatan yang tertunda serta pemuat but yang terbuka boleh mendedahkan pengguna kepada risiko tambahan.[76]

Pencabangan

[sunting | sunting sumber]

LineageOS mempunyai beberapa pencabangan (fork) yang terkenal:

Pencabangan langsung

[sunting | sunting sumber]
  • DivestOS merupakan pencabangan lembut (soft fork) LineageOS yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan privasi, serta menyokong peranti lama; ia telah dihentikan pada Disember 2024.[77]
  • /e/ ialah sebuah pencabangan LineageOS yang dicipta oleh Gaël Duval dengan hasrat untuk menjadikannya "bebas daripada Google". Ia menggantikan Google Play Services dengan microG.[78]
  • iodéOS ialah sebuah pencabangan LineageOS yang dibangunkan oleh syarikat Perancis, iodé. Ia tidak menyertakan Google Play Services, sebaliknya menggunakan microG.[79]
  • LineageOS for microG ialah satu pencabangan LineageOS yang dipaketkan bersama perkhidmatan microG. Projek ini dilahirkan sebagai tindak balas terhadap keengganan berterusan LineageOS untuk menggabungkan tampalan penyamaran tandatangan (signature spoofing) yang diperlukan untuk menjalankan microG. (LineageOS kemudiannya menggabungkan tampalan yang diperlukan tersebut, menjadikan projek ini satu kemudahan pilihan dan bukannya lagi satu keperluan.) Projek ini juga secara berkala menyediakan binaan baharu untuk peranti lama yang telah diabaikan oleh LineageOS rasmi, sama ada dengan atau tanpa sokongan microG.[80][81][82][83]
  • Replicant bertujuan untuk menjadi varian perisian bebas sepenuhnya bagi LineageOS, dengan membuang semua sistem binari tumpat (kernel blobs) serta pemacu tidak bebas.[perlu rujukan]
  • crDroid ialah sebuah pencabangan LineageOS yang bertujuan untuk menawarkan lebih banyak penyesuaian berbanding apa yang disediakan oleh pengilang asal peranti.[perlu rujukan]

Terbitan lain

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. based on Android 16
  2. LineageOS juga diterangkan sebagai sebaran "ROM tersuai".[2]
  3. sering disingkatkan sebagai "CM"
  4. Jane mempunyai nama yang berbeza pada masa itu
  5. Sebelum ini dikenali sebagai Anbox-Halium
  1. "Changelog 31 - Masterful Material, Expressive Emotions, Awesome Android". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2024. Dicapai pada 8 Februari 2026.
  2. "LineageOS Android Distribution". lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2024. Dicapai pada 19 September 2024.
  3. Gallagher, Sean (27 Disember 2016). "Cyanogen Inc. shuts down CyanogenMod in Christmas bloodbath". Ars Technica. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2019. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  4. "LineageOS Stats". LineageOS Stats. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2025. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
  5. "cyanogen - Overview". GitHub (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2022. Dicapai pada 2 Januari 2026.
  6. Helft, Miguel. "Meet Cyanogen, The Startup That Wants To Steal Android From Google". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2015. Dicapai pada 16 April 2015.
  7. Reed, Brad (18 September 2013). "With $7 million in funding, Cyanogen aims to take on Windows Phone". Boy Genius Report. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2018. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  8. CyanogenMod [@CyanogenMod] (25 Disember 2016). "UPDATE: As of this morning we have lost DNS and Gerrit is now offline — with little doubt as a reaction to our blog post yesterday. Goodbye" (Twit). Dicapai pada 26 Disember 2016 melalui Twitter.
  9. Tal, Lior (30 November 2016). "Update on Cyanogen". Cyanogen Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2016. Dicapai pada 24 Januari 2017.
  10. Ruddock, David (28 November 2016). "Cyanogen Inc. will shutter Seattle office by end of year, more layoffs happening, Jane could be out". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2018. Dicapai pada 24 Januari 2017. Kondik was removed from the company's board, allegedly
  11. Heater, Brian (24 Disember 2016). "After having its infrastructure shuttered, CyanogenMod will live on as Lineage". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2016. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  12. 1 2 "A fork in the road". cyanogenmod.org. 24 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2016. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  13. Levy, Nat (26 Disember 2016). "Open-source Lineage project rises from Cyanogen's ashes as Android maker abruptly shuts down services". GeekWire. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  14. 1 2 3 4 "Update & Build Prep". Lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 21 Januari 2017.
  15. "LineageOS now has one million users, OnePlus One is the most popular device". Androidauthority.com. 20 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2019. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  16. "Blog". lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2021. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  17. "Summer Survey". Lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  18. "Summer Survey - Results". Lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2017. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  19. LineageOS. "Engineering Blog". lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2021. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  20. "Don't freak out: LineageOS has a very bad and very late April Fools' joke in latest builds". Android Police (dalam bahasa Inggeris). 5 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2018. Dicapai pada 22 September 2018.
  21. "An April Apology". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2018. Dicapai pada 22 September 2018.
  22. "LineageOS apologizes for late and 'bad taste' April Fools' joke". Android Police (dalam bahasa Inggeris). 10 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2018. Dicapai pada 22 September 2018.
  23. jrizzoli (5 November 2018). "Summer Survey 2 - Attack of the feedbacks". LineageOS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2018. Dicapai pada 9 September 2018.
  24. "Changelog 21 - Nightlies Now, Improved Infrastructure and Precious Pie". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  25. "[TMP] hudson: Move all versions to weeklies". GitHub. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  26. 1 2 "Sunsetting LineageOS 18.1". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  27. "Android Security Bulletin—March 2024". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  28. "sleep well, sweet prince". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2024. Dicapai pada 6 Mac 2024.
  29. "Deprecate 13.0: Let the rumors start flying". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  30. "Prepare for 16.0". review.lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2019. Dicapai pada 27 Ogos 2019.
  31. "Changelog 16 - Smart Styles, Treble is trouble and Omfg Oreo". www.lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 25 Februari 2018.
  32. "RIP Oreo". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  33. "Changelog 22 - Pushing Pie, Bracing Builds and Careful Calculator". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 27 Ogos 2019.
  34. "Drop 16.0". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  35. "Changelog 24". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2021. Dicapai pada 1 April 2021.
  36. "Drop 17.1". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  37. 1 2 "Changelog 25". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2021. Dicapai pada 1 April 2021.
  38. "Changelog 26 - Tailored Twelve, Audacious Automotive, Neat Networking, Devoted Developers". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  39. "don't leave gauguin alone." Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  40. "Changelog 27 - Thriving Thirteen, Amazing Aperture, Careful Commonization". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  41. "Retire 20.0". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2024. Dicapai pada 31 Disember 2024.
  42. "Changelog 28 - Fantastic Fourteen, Amazing Applications, Undeniable User-Experience". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  43. "21 was fun but now it's done". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2025. Dicapai pada 25 November 2025.
  44. LineageOS. "Changelog 29 - Flourishing Fifteen, Simply Streamlined, Vibrant Vibes". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2026.
  45. LineageOS. "Changelog 30 - Sleek Sixteen, Streamlined Suite, Future Flow". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2026.
  46. LineageOS. "Changelog 31 - Masterful Material, Expressive Emotions, Awesome Android". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2026.
  47. LineageOS. "Summertime Updates!". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Julai 2026.
  48. Siddharth Chauhan (7 Februari 2017). "How to: Install Lineage OS on your smartphone". In.pcmag.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2018. Dicapai pada 20 Oktober 2017. As far as user interface goes, Lineage OS presents a clean and bloatware free stock Vanilla Android experience but still has some tricks up its sleeve.
  49. "Cyanogenmod promises to never include apps like Carrier IQ". Computer-Howto. 5 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2014.
  50. "LineageOS: Community". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2021. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  51. "Google hits Android ROM modder with a cease-and-desist letter". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  52. "XDA: How to pass SafetyNet on Android after rooting or installing a custom ROM". 26 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2022. Dicapai pada 1 Ogos 2022.
  53. Conway, Adam (28 April 2022). "LineageOS 19 Hands-On: This is what you get with the official builds". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2023. Dicapai pada 12 September 2023.
  54. Siddiqui, Aamir (14 Jun 2018). "LineageOS Introduces "Trust" - A Centralized Interface for Security and Privacy". XDA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mac 2025.
  55. "Trust me, I'm an engineer". lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  56. Wilde, Damien (21 Mac 2023). "Lineage OS 20 review: A new lease of life for your old device".
  57. "Changelog 10 - Sensitive numbers and our CVE Tracker". lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  58. "Introducing the LineageSDK". lineageos.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 27 Ogos 2019.
  59. Gerrit Code Review. "wiki: Remove sdk" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  60. "LineageOS is dropping its own superuser implementation, making Magisk the de facto solution". XDA Developers. 11 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2021. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  61. "Changelog 29 - Flourishing Fifteen, Simply Streamlined, Vibrant Vibes". LineageOS Android Distribution. 31 Disember 2024. Dicapai pada 3 Ogos 2025.
  62. "Changelog 28 - Fantastic Fourteen, Amazing Applications, Undeniable User-Experience – LineageOS – LineageOS Android Distribution". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  63. "Changelog 28 - Fantastic Fourteen, Amazing Applications, Undeniable User-Experience – LineageOS – LineageOS Android Distribution". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2024. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  64. "lineage: Drop Email". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  65. "config: Don't build Terminal". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2022. Dicapai pada 30 April 2022.
  66. "LineageOS Statistics". stats.lineageos.org. 22 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2019. Dicapai pada 22 November 2023.
  67. Gerrit Code Review. "lineage-build-targets". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2024. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  68. Gerrit Code Review. "lineage-build-targets". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2024. Dicapai pada 31 Disember 2024.
  69. Wilde, Damien (21 Mac 2023). "Lineage OS 20 review: A new lease of life for your old device [Video]". 9to5Google. Dicapai pada 5 Mei 2025.
  70. Ruddock, David (3 Ogos 2020). "Pixel 4a review". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
  71. "The 7 Best Android ROMs". Lifewire. Januari 2025.
  72. "Keep Your Old Android Phone Running Longer With LineageOS". Wired. Mac 2025.
  73. "LineageOS keeps Google Pixel 4a alive with Android updates". 9to5Google.
  74. "I used LineageOS on a Pixel 8 for a week". Android Authority. 2025.
  75. Mike Kuketz (April 2023). "LineageOS – Datenschutz und Sicherheit".[pautan mati]
  76. "LineageOS: Custom-ROMs im Test". Golem.de.
  77. "Home - DivestOS Mobile". divestos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2023. Dicapai pada 4 Mac 2023.
  78. Filippone, Dominique (19 September 2018). "Eelo : l'OS mobile open source de Gaël Duval sort en bêta - Le Monde Informatique". LeMondeInformatique (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2022. Dicapai pada 4 September 2019.
  79. "iodéOS est une solution alternative respectueuse de la vie privée". Services Mobile. 2 Disember 2020. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  80. "Gerrit Code Review". review.lineageos.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2019. Dicapai pada 13 Februari 2018.
  81. online, heise (4 November 2017). "LineageOS-Ableger vermeidet Google-Code". heise online. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 31 Januari 2018.
  82. "What is MicroG? How to Install MicroG?". 26 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2018. Dicapai pada 31 Januari 2018.
  83. "LineageOS for microG, FAQ". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2021. Dicapai pada 2 Januari 2018.
  84. "About CalyxOS". CalyxOS Official Website. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2024. Dicapai pada 25 Jun 2024.
  85. "WayDroid brings lag-free Android app integration to the OnePlus 6/6T Linux port". 24 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]