Pergi ke kandungan

Google One

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Google One
PembangunGoogle
Pelancaran pertama14 Mei 2018; 8 tahun yang lalu (2018-05-14)[1]
Sistem pengendalian
JenisPerkhidmatan pengehosan fail, langganan Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePerkhidmatan storan awan
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://one.google.com/ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Google One ialah perkhidmatan langganan pengguna daripada Google yang menyediakan storan awan yang dipertingkatkan. Pelan berbayar bermula daripada 100 GB hingga 30 TB. Pelan Google One Lite 30 GB turut ditawarkan di beberapa buah negara seperti India.[2] Perkhidmatan ini memperluaskan storan percuma 15 GB bagi sesuatu Akaun Google, yang dikongsi merentasi Google Drive, Gmail, dan Google Photos.[1]

Dilancarkan pada Mei 2018, Google One menggantikan perkhidmatan berbayar Google Drive bagi menegaskan bahawa program ini digunakan oleh pelbagai Perkhidmatan Google.[3] Pelbagai pelan yang ditawarkan turut merangkumi faedah-faedah lain.[4] Perkhidmatan ini mempunyai lebih daripada 150 juta pelanggan setakat Mei 2025.[5]

Google One telah dilancarkan pada Mei 2018. Pelan 1 TB untuk Google Drive telah dinaik naik ke 2 TB, manakala harga pelan 2 TB ditawarkan pada kadar harga yang sama seperti pelan 1 TB Google Drive sebelumnya (US$9.99). Sokongan 24/7 turut disediakan untuk semua pelan Google One.[1] Dari Mei hingga Ogos 2018, Google mula menaik naik pengguna Google Drive di Amerika Syarikat kepada Google One. Semua pengguna Google di A.S. boleh mendapat akses kepada Google One secara percuma, tetapi tanpa faedah ahli atau storan yang dinaik naik.[6]

Pada 29 Oktober 2020, Google menambah perkhidmatan VPN bagi pengguna Google One yang melanggan pelan 2 TB atau lebih tinggi;[7] perkhidmatan ini telah dihentikan pada 20 Jun 2024.[8][9]

Pada Januari 2023, aplikasi Google One telah melebihi satu bilion muat turun di Android.[10] Pada Februari 2023, ciri suntingan Magic Eraser dalam Google Photos yang sebelum ini eksklusif untuk pemilik Pixel 6 dan 7 telah disediakan kepada semua pengguna Google One.[11] Pada Mac 2023, Google meluaskan akses perkhidmatan VPN kepada semua pelan dan menambah ciri pemantauan web gelap untuk kebanyakan pengguna;[12] ciri pemantauan web gelap ini telah dihentikan pada 16 Februari 2026.[13] Pada 8 Februari 2024, Google memperkenalkan pelan AI Premium yang menyediakan akses kepada Gemini Advanced dan Gemini dalam Gmail, Docs, Slides, Sheets, dan Meet.[14] Pelan ini telah digantikan pada tahun berikutnya oleh dua pelan baharu: Google AI Ultra dan Google AI Pro, yang diumumkan pada ucaptama Google I/O 2025.[15]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Setiap Akaun Google menyediakan storan sebanyak 15 GB untuk Google Drive, Gmail, dan Google Photos. Google One meningkatkan kuota ini kepada 100 GB atau lebih, bergantung pada pelan, serta menyediakan fungsi tambahan seperti penyuntingan Google Photos yang boleh dikongsi dengan sehingga 5 orang lain. Pengguna yang tidak melanggan juga boleh menggunakan Google One untuk menyandarkan data daripada peranti Android atau iOS, dan membebaskan ruang dalam Akaun Google mereka menggunakan pengurus storan.[16]

Iklan Google One, 2019

Pelan berbayar menyediakan:

  • Ruang storan yang lebih besar, bergantung pada pelan.
  • Sokongan daripada "pakar Google" untuk perkhidmatan Google yang sedia ada 24/7 di AS menerusi sembang, e-mel, dan telefon. Pilihan sokongan di tempat lain adalah berbeza-beza.[1]
  • Sandaran telefon automatik pada Android menerusi aplikasi Google One.
  • Ciri penyuntingan yang dipertingkatkan seperti Magic Eraser—yang memadam bahagian imej dan menggunakan AI untuk mengisi bahagian yang dipadam supaya kelihatan seperti latar belakang asal[17]—cahaya potret, kabur (blur), dan penyerlahan warna (color pop) yang tersedia pada Google Photos.[11][18][19]
  • Keupayaan untuk berkongsi langganan Google One dengan sehingga lima ahli keluarga tambahan.[4]
  • Pulangan tunai (cashback) sehingga 10% untuk pembelian daripada Google Store bagi pengguna dalam pelan 200 GB dan 2 TB.
  • Kredit Google Play dan faedah lain daripada perkhidmatan Google.
  • Gemini Advanced, yang hanya tersedia dalam Pelan AI Premium 2 TB.[14]
  • Akaun pelanggan Google One akan memaparkan ikon avatar yang diubah suai.

Gmail, Google Drive, dan Google Photos menggunakan storan yang diuruskan oleh Google One. Harga berbeza mengikut rantau. Pembelian storan diperbaharui secara automatik pada akhir tempoh langganan. Pengguna boleh menaik naik pelan storan mereka pada bila-bila masa.

Storan boleh dikongsi dengan sehingga 5 ahli keluarga tambahan, di mana setiap individu akan menerima storan lalai 15 GB. Fail akan dikira dalam storan lalai percuma terlebih dahulu sebelum dikira dalam storan kongsi. Banyak item tidak mengambil ruang tambahan: fail yang dikongsi atau fail dalam folder "Dikongsi dengan saya" hanya menggunakan kuota milik pemilik fail tersebut. Telefon Google Pixel sehingga model Pixel 5 membolehkan pengguna menyandarkan video dan foto tanpa had tanpa mengira kuota storan.[20][21]

Semasa Google Photos diumumkan pada tahun 2015, storan foto percuma tanpa had telah dijanjikan. Walau bagaimanapun, pada 1 Jun 2021, Google telah menamatkan storan tanpa had bagi tetapan "Kualiti tinggi" (yang dinamakan semula sebagai "Penjimat storan") dan "Kualiti ekspres" dalam Google Photos serta Google Docs Editors (kecuali Google Sites), untuk format fail yang disimpan dalam Google Drive. Pengguna kini mempunyai kuota storan, tetapi foto, video, dan fail Docs Editor yang dimuat naik sebelum 1 Jun tidak terjejas.[22]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "ios"
  1. 1 2 3 4 Lardinois, Frederic (May 14, 2018). "Say hello to Google One". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 3, 2018.
  2. "New Google One Lite plan is here, right as we predicted (Update: More nations)". Android Authority (dalam bahasa Inggeris). September 11, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2025. Dicapai pada December 11, 2025.
  3. Lardinois, Frederic (May 14, 2018). "Google One launches with cheaper cloud storage plans". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada October 10, 2018.
  4. 1 2 "Google One - More storage and extra benefits from Google". one.google.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2018. Dicapai pada November 26, 2018.
  5. Cai, Kenrick. "Google hits 150 million users for subscription service with help of AI". Reuters. Dicapai pada November 5, 2025.
  6. "Google One is now open to all". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2018. Dicapai pada November 26, 2018.
  7. Lopez, Napier (October 30, 2020). "Google launches VPN service so Google One users can browse more privately". Plugged | The Next Web. Diarkibkan daripada yang asal pada November 23, 2020. Dicapai pada November 1, 2020.
  8. Li, Abner (April 11, 2024). "Google One VPN will be discontinued, Pixel VPN remains with upgrade coming". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2024. Dicapai pada April 16, 2024.
  9. "Google to shut down Google One VPN on June 20 - here are some alternatives". ZDNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 19, 2024. Dicapai pada May 19, 2024.
  10. Maddison, Lewis (January 10, 2023). "Google One hits a billion downloads". TechRadar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2023. Dicapai pada March 12, 2023.
  11. 1 2 Li, Abner (February 24, 2023). "9to5Google Log Out: Google One has a promising future". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 12, 2023. Dicapai pada March 12, 2023.
  12. Clark, Mitchell (March 8, 2023). "Google's One plans are getting expanded VPN access and dark web monitoring". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2023. Dicapai pada March 10, 2023.
  13. "Learn about updates to dark web report". Google Search Help. Dicapai pada 2026-03-14.
  14. 1 2 Ortiz, Sabrina (February 8, 2024). "You can try Google's new 'AI Premium Plan' for free. Here's how (and why you'll want to)". ZDNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 4, 2024. Dicapai pada March 4, 2024.
  15. Wiggers, Kyle (May 20, 2025). "Google AI Ultra: You'll have to pay $249.99 per month for Google's best AI". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada May 20, 2025. Dicapai pada May 20, 2025.
  16. "Secure storage and AI from Google - section Frequently Asked Questions". Google One. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2024. Dicapai pada November 17, 2024.
  17. "Edit photos with AI: Magic Editor, Magic Eraser and Unblur". Google Photos. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2024. Dicapai pada November 17, 2024.
  18. "A new video editor, plus enhanced editing features". Google (dalam bahasa Inggeris). February 11, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2022. Dicapai pada September 24, 2022.
  19. "Additional editing features for Google One members - now on iOS - Google Photos Community". support.google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2022. Dicapai pada September 24, 2022.
  20. "How your existing storage works with Google One - Google One Help". support.google.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2020. Dicapai pada November 26, 2018.
  21. "Choose the upload size of your photos and videos - Computer - Google Photos Help". support.google.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2018. Dicapai pada November 26, 2018.
  22. Haselton, Todd (November 11, 2020). "Google just ended unlimited free storage for photos, but still gives you more than Apple". CNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada November 12, 2020.