PayNet Cambah ditampilkan di Pameran Malaysia Open House sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan & Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) 2024 ✨ Kami berpeluang mengetengahkan Program Impak Sosial ESG PayNet Cambah di Pameran Malaysia Open House anjuran Bank Negara Malaysia sempena AFMGM 2024 pada 7-10 April yang lalu. Edisi Utara & Selatan PayNet Cambah diwakili oleh rakan kolaborasi utama kami - Suri Langkawi dan Johor Entrepreneurship Lab (JEL) bersama Fefifo, rakan agritech kami yang memperkasakan komuniti B40 di seluruh negara. Sorotan utama kami? Dinding paparan khas PayNet Cambah, mempamerkan produk-produk daripada para penerima manfaat - simbol komitmen kami dalam merapatkan jurang akses kewangan dan memperkasa komuniti melalui pendidikan, latihan kemahiran, pendigitalan dan pelaburan semula. Kami turut berbesar hati menerima kunjungan: 🇲🇾YAB Perdana Menteri 🏦Gabenor Bank Negara Malaysia & Kemboja 💼Menteri Kewangan II & Menteri Wilayah Persekutuan #PayNet #PayNetCambah #AFMGM2024 #BNM #ASEAN2025
-
-
-
-
-
+4